VIDEO - Kelar isteri, bayi sebelum melarikan diri dalam keadaan berbogel.

Kelar isteri, bayi sebelum melarikan diri dalam keadaan berbogel



 "Seorang bapa terkedu melihat anak perempuan dan cucunya berlumuran darah dan tidak bernyawa dipercayai dik3lar di leher oleh menantunya sendiri" 




Johor Bahru : Seorang bapa terkedu melihat anak perempuan dan cucunya berlumuran darah dan tidak bernyawa dipercayai dik3lar di leher oleh menantunya sendiri di Kampung Bakar Batu di sini, tengah hari tadi. 




Rosman Ahmad, 58, berkata dia menerima panggilan telefon daripada anak sulungnya yang memaklumkan terdapat masalah di rumah anak ketiganya, Hajar Nursyahirin, 26, sebelum dia bergegas ke lokasi kejadian.





 "Apabila saya sampai, anak pertama dan kedua sudah ada di sini (rumah keluarga suspek), saya lihat anak perempuan saya terbaring depan pintu rumah dengan luk4 di leher macam dik3lar. 


"Cucu lelaki saya, juga terdapat luk4 di leher, ketika itu ada jururawat sedang mengendongnya. 



Tetapi, saya difahamkan cucu saya ditemui di sisi ibunya," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, hari ini. Hajar Nursyahirin dan anak tunggalnya, Hans Mohd Thakif Amir berusia kira-kira dua bulan, ditemukan sudah meninggal dunia, dipercayai dik3lar suaminya, Amir Adam, 25. 




Amir pula dilaporkan melarikan diri sejurus kejadian itu dengan menaiki motosikal dalam keadaan berbogel. Beberapa video dan gambar memaparkan seorang lelaki dipercayai Amir iaitu suspek dalam kejadian k3lar isteri dan anak itu kemudian tular di media sosial. 



Menurut Rosman, anak dan menantunya itu dijadualkan bersanding 24 Julai ini memandangkan tidak dapat berbuat demikian selepas bernikah tahun lalu kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Malah, katanya, persiapan untuk majlis bersanding itu juga sudah siap dan hanya menunggu hari bahagia itu.



 Ketika ditanya mengenai hubungan anak dan menantunya itu, Rosman berkata, sejak berkahwin, pasangan itu hidup bahagia.




 "Anak saya dan menantu memang anak yang baik. Mereka tiada masalah. Saya tidak pernah dengar mereka bergaduh.


 "Cuma akhir-akhir ini, saya tahu menantu saya tiada pekerjaan tetap selepas berhenti kerja beberapa bulan lalu. Mungkin dia ada masalah tempat kerja.. 




Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Go to www.addthis.com/dashboard to customize your tools