Ibu Jadi “Rider” Foodpanda Bawa Anak Buta Mata Hantar Pesanan

JIKA kita merasa diri ini susah, sebenarnya, ada lagi susah perlu menjalani kehidupan. Namun, disebabkan desakan dan tuntutan mencari pendapatan, segala kesulitan perlu diatasi demi menyuap nasi ke mulut sendiri dan keluarga.





Bawa anak jadi rider Foodpanda


Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok apabila berkongsi video rider Foodpanda wanita yang bekerja sambil membawa anaknya.




Wanita yang mendukung anaknya di bahagian depan sambil menunggang motosikal. Hal tersebut membuatkan pengguna TikTok dikenali sebagai @mamayayahumarsoleh berasa begitu sebak dan berharap dapat membantu wanita itu bagi meringankan beban yang sedang digalas. Video diakhir artikel ini.




Ada Anak Cacat?

Selepas video tersebut tular, seorang rider Foodpanda telah meninggalkan komen dengan mendakwa mengenali wanita itu dan mengesahkan yang dia memang membawa anak ketika bekerja.



Lebih menyedihkan, pengguna TikTok berkenaan memaklumkan yang anak wanita itu tidak berapa sihat kerana mengalami kecacatan pada kedua-dua belah matanya.


Oleh sebab tu ramai yang bertanya tentang lokasi wanita itu bekerja kerana ingin memberikan bantuan agar mampu memberikan sedikit sumbangan kepadanya.



Semoga Allah sentiasa menjaganya



Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata berasa simpati dan sebak melihat video tersebut. Mereka juga berharap agar kakak itu diberi kekuatan, kesabaran dan terus dimurahkan rezeki walaupun berada dalam keadaan yang agak sulit.




Semoga beliau terus sentiasa diberi kesihatan yang baik agar boleh terus mencari rezeki buat diri dan anak tersayang.



Terima kasih kerana sudi membaca!



Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!



PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.




Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. 







Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Go to www.addthis.com/dashboard to customize your tools