Tangan tersepit pada mesin penguli tepung


Taiping: Anggota bomba dan penyelamat terpaksa dipanggil bagi membantu kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun selepas tangan kirinya tersepit pada mesin penguli tepung di Markas Pas, Pintu Gerbang, Sungai Petai, Bukit Gantang, di sini, pagi tadi.





Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pada jam 8.10 pagi dan sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping segera ke lokasi kejadian.




Menurutnya, anggota bomba mendapati tangan kiri mangsa tersepit pada mesin menguli ketika bermain bersama rakan.





"Anggota mengambil masa 12 minit bagi memotong besi penguli tepung itu dan menyerahkan mangsa kepada pihak ambulans untuk tindakan lanjut.




"Operasi tamat pada jam 8.58 pagi," katanya dalam satu kenyataan.



Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Go to www.addthis.com/dashboard to customize your tools