Dalam kejadian 1.30 tengah hari itu, mangsa, Razali Halimi, 49, meninggal dunia selepas terjatuh ke gaung sedalam 15.24 meter.
Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Kama Azural Mohamed berkata, siasatan awal mendapati mangsa bersama rakannya dalam perjalanan dari arah Raub menghala ke Kuala Kubu Bharu, Selangor.
"Apabila tiba di tempat kejadian, penunggang hilang kawalan ketika melalui selekoh dan terbabas ke dalam gaung di kiri jalan.
"Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kaki dan kepala. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya di sini hari ini.
Kama Azural berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Raub berkata, operasi mengangkat mangsa menggunakan pengusung dan sistem takal tali.
"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," ujarnya.