Geng ‘biker’s’ pula persenda OKU


PETALING JAYA – Selepas video lelaki berlakon menjadi orang cacat bagi meletakkan kenderaan di petak khas golongan orang kurang upaya (OKU), kini giliran beberapa orang wanita pula mempersendakan OKU.



Kelakuan wanita-wanita itu yang dirakam melalui video berdurasi sembilan saat turut tular di media sosial.




Melalui video tersebut, dua orang wanita berpakaian seperti penunggang basikal berlakon sebagai orang cacat untuk menggunakan tandas OKU di sebuah stesen minyak.




Turut kedengaran suara perakam dan wanita terbabit bergelak ketawa dengan kelakuan tersebut.





Tinjauan Kosmo! di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan wanita terbabit dan menyifatkan kelakuan itu memalukan.




“Beli basikal berbelas ribu, gadai otak rasanya mereka ini,” kata Pidoih.




“Spesis begini, mereka lupa bahawa bila-bila masa sahaja mereka boleh tergolong dalam golongan OKU. Tak kerana penyakit, kemalangan. Memperlekehkan manusia, ambil hak golongan OKU. Kena pada diri sendiri atau ahli keluarga sendiri baru mereka tahu,” kata Abdul Tony.




“Eloklah tu perangai. Berseronok, kemudian sambung ‘ride’ semula. Kalau tiba-tiba terlibat kemalangan masa ‘ride’, alami kecederaan kekal, benda yang dibahan jadi kenyataan. Nak tengok masih mampu gelak atau tidak,” kata Azazil.




Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Go to www.addthis.com/dashboard to customize your tools