Selepas kekasih hatinya, Dini Schatzmann dimasukkan ke hospital selepas mengalami demam dan jangkitan kuman, Janna Nick pula dimasukkan ke hospital apabila turut menerima nasib sama.
Memetik laporan Kosmo!, Janna disahkan menghidap vertigo berikutan keadananya tidak berapa sihat dan mengalami muntah berterusan.
BACA: Baru Menang Bintang Paling Popular, Janna Nick Terkangkang Pula Dah
Dalam pada itu, Janna berkata doktor sudah pun memberinya sejenis ubat tahan sakit bagi elakkan daripada terus muntah dan kembalikan selera makan.
“Sekarang ini doktor dah check (periksa) dan bagi saya ubat yang sesuai dengan apa yang saya hadapi. Tadi pun dah selesai buat ujian Pengimejan Resonans Magnetik (MRI), jadi masih tunggu keputusan.
“Bila saya boleh keluar dari wad itu belum tahu lagi. Sebab doktor masih pantau dan beritahu saya perlukan rehat secukupnya,” ujarnya.
Pagi tadi, Janna memuat naik perkongsian memaparkan dirinya berada di sebuah hospital namun memaklumkan keadaannya baik-baik sahaja.