'Jangan tiru aksi saya' - Beto Kusyairi

Kuala Lumpur: "Jangan cuba meniru aksi ini tanpa pengawasan pakar."



Itu amaran pelakon Beto Kusyairi, 41, terhadap mana-mana pelakon atau individu yang mahu melakonkan babak atau aksi lagak ngeri.




Ia susulan tindakan Beto atau nama sebenarnya Nurkusyairy Zakuan Osman yang melakonkan sendiri babak dirinya terbakar dalam supertele Halimun.





"Penerbit sudah ambil mereka yang arif dalam bidang ini iaitu pasukan pelagak ngeri profesional yang sudah diperakui. Sudah disediakan juga pelakon pendua untuk menjadi saya, tapi saya yang minta nak buat sendiri.




"Ini bukan bermakna yang seorang pelakon memang kena buat babak yang berisiko tinggi sebegini sendiri untuk diangkat menjadi pelakon yang baik atau kononnya pelakon sebenar. Ini bukan kayu ukur atau 'benchmark' dan tak perlu pun.




"Namun, saya tak minta buat kosong begitu sajalah. Nak kena ada ilmu dan fahami teknik untuk aksi begini, nak kena ada pengawasan dan seliaan ketat oleh mereka yang benar benar pakar dalam bidang ini. Nak kena lulus ujian daripada pakar dulu sebelum dapat lampu hijau dan juga kena ada keyakinan pada kemampuan diri dulu. Selainnya adalah doa, fokus dan ketenangan. Insya-Allah," katanya.




Beto turut berterima kasih pada pasukan MRS Stunt Team yang memberi seliaan baik.



"Jadi kepada yang sentiasa mendoakan kesihatan, kesejahteraan, kebahagiaan dan keselamatan saya, syukur alhamdulillah dan terima kasih.



"Terima kasih Stunt Master, Hafizd Razib serta geng MRS Stunt Team lain atas ilmu dan seliaan yang baik," katanya.



Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Go to www.addthis.com/dashboard to customize your tools