"Nora Ariffin Nafi Tuduhan , Paksa Suami Cerai Isteri Pertama "


Baru sahaja mendirikan rumah tangga buat kali kedua, timbul dakwaan tak sedap didengar mengenai Datuk Nora Ariffin dan suaminya, Pensyarah Kanan Jabatan Fiqh dan Usul Universiti Malaya, Dr Rushdi Ramli,




Nama Nora disebut di media sosial apabila timbul dakwaan mengatakan Nora suaminya itu sudah pun berkahwin sejak dua tahun lalu.




BACA: Nora Ariffin Nikah Sahabat Baik Arwah Suami


Lebih mengejutkan, tular paparan mesej dimana individu itu turut mendakwa Nora meminta suaminya itu menceraikan isteri pertamanya dengan hanya menggunakan kertas dan pen.




Difahamkan, pendedahan itu dibuat menerusi kiriman mesej yang dihantar kepada sebuah portal hiburan.




Tampil menjawab spekulasi berkenaan, Nora menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tidak berasas itu serta menyifatkan ianya adalah fitnah.




“Astagfirullahalazim, semua ini fitnah, tidak benar. Ini saja statement dari saya,” katanya.




Terdahulu, Nora mengumumkan telah pun bernikah dengan rakan baik arwah suaminya, Allahyarham Johan Nawawi. Nora turut memohon maaf tidak menghebahkan awal berita gembira itu. Ujarnya, majlis perkahwinannya itu diadakan dengan melakukan perkara wajib sahaja.








Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Go to www.addthis.com/dashboard to customize your tools