Apalah yang boleh dilakukan Nur Aleesya Umairah Mohd Rizal, kanak-kanak yang baru sahaja berusia 6 tahun, apabila dugaan berat menimpa dirinya.
Ayahnya, Mohd Rizal Md Riba dikatakan mengalami strok dan tidak berkerja disebabkan faktor kesihatan. Ayahnya dikatakan mengalami lumpuh sebelah badan selama 3 tahun.
Manakala ibunya Nor Diyana Omar pula mengalami koma dan bergantung kepada mesin sokongan hayat. Ibunya terkena hentaman atau pelanggaran serta mengalami kecederaan serius di bahagian kepala menyebabkan pendarahan otak dan kecederaan fizikal lain serta patah tulang selangka akibat kemalangan.
Sepanjang keadaan itu juga, mereka sekeluarga hanya bergantung sepenuhnya kepada wang pencen ilat (PERKESO) ayahnya untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Nur Aleesya Umairah kini di bawah penjagaan dan tinggal bersama bapa saudaranya. Dia masih meneruskan persekolahan di Tabika Kemas Padang Jawa, Klang. Kebajikan adik Nur Aleesya Umairah dijaga oleh Cikgu Sharifah selaku Penyelaras tadika tersebut. Dan buat masa ini pengangkutan pergi dan balik ke sekolah disediakan gurunya itu.
Sama-sama Membantu
Buat masa sekarang, mereka sekeluarga memerlukan bantuan kewangan untuk menampung keperluan pendidikan seperti buku-buku, kelengkapan persekolahan dan keperluan makan dan minum dalam bentuk barangan makanan.
Bagi ayah dan ibunya pula memerlukan bantuan seperti katil, pampers, susu, alat kelengkapan yang berkaitan antaranya tiub trakeostomi untuk kegunaan di trakea.
Bagi anda yang mahu menghulurkan bantuan boleh salurkan di akaun CIMB Pertubuhan Amal Kebajikan Rotikaya: 8604675654.
Marilah kita sama-sama meringankan beban mereka yang memerlukan. Sedikit bantuan yang dihulurkan pun dah bersyukur sangat. Moga kita semua dilimpahi rezeki yang lebih luas selepas ini. Insha-Allah.