Langgar lampu isyarat, rider bertembung kereta


PETALING JAYA: Tindakan penunggang motosikal melanggar lampu isyarat secara melulu mengundang padah apabila tindakan itu menyebabkannya melanggar sebuah kenderaan lain.



Insiden itu dirakam menerusi kamera papan pemuka pemilik sebuah kereta yang turut berada di persimpangan tersebut dan disiarkan di laman media sosial Facebook.




Ekoran kejadian itu, pengguna laman sosial menyifatkan masih terdapat penunggang motosikal tidak mengambil iktibar kejadian kemalangan sebelum ini yang rata-ratanya berpunca daripada pelanggaran lampu isyarat.





“Budak motor ramai tak ambil iktibar, dah kata jangan langgar lampu isyarat.  Sebab dah biasa buat dan rasa diri kebal, main langar sahaja. Bila dah kena, sendiri sakitlah,” tulis seorang pelayar di ruangan keterangan video Facebook.





Pengguna media sosial itu turut memberi pandangan mereka terhadap sikap segelintir penunggang motosikal yang mementingkan diri dan tidak berfikir keselamatan pengguna jalan raya lain.



“Kasihan pemilik kereta tu. Menyusahkan hidup orang lain. Merosakkan harta benda orang dengan sengaja. Beri trauma dekat orang lain. Tolonglah proceed with civil lawsuit, saman sampai duit kosong,” komen Amal Sharifiza Sharuddin.



“Tertekan sangat ke jadi rider delivery ni? Customer asyik call rider ke minta hantar barang cepat. Kiranya kerja ni lagi penatlah dari kerja kilang. Santai-santai bawak motor je. Nak ikut rule pun susah,” komenAhmad Syamil Muhamad Zin.




“Alahai owner motor tu, rider lain pun ada je langgar lampu merah tapi tengok sekeliling dulu bukannya main langgar je,” komen Jihadiddin Abdullah.




“Hampir separuh rider begini dan separuh lagi tak. Aduhai. Kalau tak sayang nyawa sendiri, fikir la yg kat rumah,” komen Yana Semot. –




Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Go to www.addthis.com/dashboard to customize your tools