PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak dilihat bermain di ruangan belakang kereta secara berbahaya undang kerisauan netizen.
Menerusi satu klip video yang dimuat naik oleh @BxllaAnxar di laman Twitter, memaparkan kanak-kanak itu sedang melompat-lompat sendirian tanpa dipantau oleh penjaganya dan dibiarkan berada di ruangan belakang ketika cuaca sedang hujan.
Rakaman itu turut memaparkan kanak-kanak tersebut duduk di atas palang yang terletak di bahagian bumbung kereta dengan aksi yang membahayakan keselamatan.
Selain itu, menerusi ciapan yang dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter tersebut, dia memaklumkan terdapat beberapa pemandu lain bertindak membunyikan hon dan menjerit bagi menegur pemandu kereta itu.
“Dua tiga kereta sudah bunyikan hon dan buka tingkap jerit tegur, tapi penjaga tak buat apa-apa.
“Cuaca tengah hujan, biarkan budak seorang dekat belakang kereta dengan terlompat-lompat. Kalau jatuh, sia-sia sahaja,” ciapnya.
Sementara itu, rata-rata orang ramai yang menyaksikan video kejadian memberi pelbagai reaksi di ruangan komen.
“Kenapa masih ada penjaga yang mengabaikan keselamatan kanak-kanak seperti ini, sudahlah duduk seorang di belakang, main lompat-lompat pula itu,” kata @Alfred.
“Perkara macam ini rasanya boleh diambil tindakan oleh pihak berkuasa sebab mengabaikan keselamatan kanak-kanak,” kata @PanDana.
“Anak buah saya nak keluarkan kepala ikut tingkap pun saya dah bising, inikan pula main lompat-lompat di belakang, bahaya sungguh,”