Lelaki berusia 24 tahun itu mengaku bersalah dan berbuat demikian bagi mendapatkan wang untuk membelikan hadiah kepada kekasihnya.
Malah, ketika disoal siasat oleh pihak polis, dia tidak lupa untuk mengingatkan kekasihnya agar menjaga kesihatan dan pemakanan.
Menurut Ketua Polis Bantul, Asisten Komisioner Ihsan, lelaki itu mula menjual perabot ketika ibunya tiada di rumah memandangkan hanya mereka berdua yang tinggal di rumah itu.
“Sehingga kini, hasil jualan perabot itu sudah mencecah 30 juta rupiah (RM8,822).
“Perabot di dalam rumah itu telah habis dijual. Oleh kerana tidak tahan lagi dengan sikap anaknya, ibu suspek kemudian melaporkannya kepada pihak polis,” kata Ihsan.
Hasil wang tersebut digunakan lelaki itu untuk membeli hadiah seperti makanan, beg tangan dan baju untuk kekasihnya. – AGENSI