Lelaki cedera kereta dihempap pokok


Ipoh: Seorang lelaki cedera, manakala tiga rakannya terselamat selepas kereta dinaiki mereka dihempap pokok tumbang akibat tanah runtuh di Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang hari ini.



Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Shahrul Nizam Nasir berkata, kejadian pada petang hari ini itu menyebabkan lelaki yang merupakan penumpang kenderaan itu mengalami pendarahan hidung.




Shahrul Nizam berkata, hujan lebat yang berlarutan hampir dua jam di pusat peranginan tanah tinggi itu menyebabkan berlakunya tanah runtuh dan pokok tumbang di beberapa kawasan di sekitar Tanah Rata dan Ringlet.





Beliau berkata, kawasan terjejas di Rata Tanah melibatkan Big Red Strawberry, Strawberry Park, laluan Ladang Teh Boh Sungai Palas serta laluan ke Water Cress Valley dan Rose Valley.





"Kejadian menyebabkan laluan kenderaan terhalang namun tidak melibatkan nyawa dan harta benda," katanya.




Beliau berkata, kawasan terjejas di Ringlet pula melibatkan Taman MCA, Taman Pelangi serta Batu 20, Jalan Tapah dan kerja-kerja pembersihan di lokasi kejadian sedang dijalankan.



Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Go to www.addthis.com/dashboard to customize your tools