Peniaga OKU Sedih Dan Tertekan
Cheng berkongsi di laman Twitter nya, salah seorang pelanggannya berstatus ‘akak’ meminta wang tempahan dipulangkan semula kerana telah menunggu lama.
Berdasarkan perkongsian peniaga OKU ini, Cheng telah memulangkan wang kepada pelanggan tersebut tetapi berlaku hal lain pula di mana pelanggan tersebut tweet di laman Twitter nya dengan mengatakan peniaga OKU ini fishy.
Hal tersebut membuatkan nama baik dan perniagaannya terjejas dan tercemar, dan Cheng juga meluahkan bahawa dirinya berasa sangat sedih dan tertekan dengan apa yang berlaku.
Netizen Beri Respon Bercampur-Baur
Hal yang berlaku pada Cheng menarik perhatian ramai warganet di Twitter, ada warganet yang mendoakan agar peniaga OKU ini dimurahkan rezeki dan anggap apa yang berlaku sebagai ujian kehidupan.
Apalah buli OKU. Walaupun dah delete tweet & lock akaun tapi damage is done. Daniel sampai dm aku cakap dia sedih kena tuduh fishy dan minta tolong buktikan dia bukan scammer sejak aku pernah beli kerepek dengan dia.”
“Saya selalu nak beli kerepek dengan awak tapi tak ada rezeki lagi. Saya tak pernah rasa awak fishy, harap Daniel terus kuat ya. Hiraukan mereka yang menjatuhkan awak, saya tahu senang cakap dari lakukan. Moga terus kuat.”
“Orang sekarang ni tak puas hati sikit terus nak viral. Perangai cam budak-budak. Takpe bro, teruskan usaha cari rezeki halal.”
“Semoga sentiasa diberikan rezeki yang melimpah ruah dan diberi kesihatan berpanjangan.”
“Semoga Daniel murah rezeki selalu dan dipermudahkan segala urusan. Teruskan usaha Daniel dan anggap apa yang berlaku sebagai ujian. Daniel boleh!” Komen warganet
Selain itu, ada juga warganet bertanya dan persoalkan mengapa pesanan biskut pelanggan, mengambil masa terlalu lama sehingga makan masa berbulan-bulan untuk siapkan tempahan.
“Maaf, nak tanya. Tapi kenapa 3 bulan order tak siap-siap lagi? Selalu order ambil berapa lama nak siap?”
“Maaf ler dik, tapi saya rasa jika sampai 3 bulan masih belum, bagi saya ia memang lambat. Saya rasa awak patut bagitahu semua pelanggan awak awal-awal ia mengambil masa ‘berbulan’…..”
“Betul-betul. Kalau dia cakap akan post lambat pun, orang akan expect seminggu dua je. Ni sampai 3 bulan.”
“Pelan pesanan awak. Selesaikan dalam batch dan buka pesanan baru bila awak dah selesai dengan batch pertama. Ianya mengambil sedikit susun atur. Semoga berjaya.” Komen warganet lagi
Apa kata anda tentang kisah Daniel Cheng ini?