Perkahwinan penyanyi rap, Caprice yang memilih ibu tunggal anak seorang sebagai isteri menjadi perhatian ramai termasuklah usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida.
Vida juga mengakui janda berasal dari Kelantan sering menjadi rebutan ramai lelaki bujang sekaligus membuktikan saham mereka masih tinggi.
BACA: Seharian DSV Tak Keluar Bilik, Bimbang Bekas Suami Nak Jumpa Anak
“Saya setuju 200 peratus saham janda lagi tinggi dan lebih mahal berbanding anak dara, pasti ramai yang tercabar dengan janda terutama janda Kelantan. Saya tengok dekat TikTok pun ramai lelaki nak kahwini janda.
“Iyalah janda sekarang pun dah pandai berhias, cantik-cantik, itulah sebab anak teruna ramai gilakan janda. Kalau tak manalah orang gilakan kita sampai macam tu sekali,” katanya.
Menurut Vida, sepanjang empat tahun bergelar janda beberapa lelaki bujang mendekatinya serta menyatakan hasrat mahu memperisterikannya.
Namun, Vida berkata dia belum bersedia bergelar isteri kerana masih trauma dengan kegagalan tiga perkahwinan sebelum ini dan lebih gembira dengan kehidupannya kini.
“Kalau ikutkan lamaran daripada lelaki bujang yang masih teruna ni orang kata riyak pula..tapi hati tak boleh dipaksa-paksa terima orang.
“Apabila hati dah retak lagi la takut..lebih-lebih lagi saya pernah trauma melalui alam perkahwinan dahulu, jadi saya dah tak sanggup nak hadap,” katanya.
Terdahulu, hangat diperkatakan mengenai kontroversi cinta tidak kesampaian dengan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkifli. Malah, mereka sudah merancang untuk mendirikan rumah tangga pada Disember ini namun dikhabarkan telah dibatalkan.