Lelaki maut motosikal terhumban dalam parit

Arau: Lelaki maut apabila motosikal ditunggangnya terbabas sebelum terhumban ke dalam parit di tepi sawah padi di Jalan Alor Redis, di sini semalam.



Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 10 malam ketika mangsa, Muhamad Shakir Abdul Jabar, 29 dari Kampung Tok Pulau, Simpang Empat, Kangar dalam perjalanan ke dari arah Tambun Tulang ke arah Jejawi.




"Ketika melalui Jalan Alor Redis, motosikal Kawasaki Z800 ditunggang mangsa secara tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas sebelum terjatuh ke dalam parit.




"Akibat kemalangan itu, mangsa maut di tempat kejadian dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Arau dikerah ke lokasi kejadian untuk mengeluarkan mangsa dari dalam parit," katanya dalam kenyataan hari ini.




Katanya, siasatan awal mendapati ketika kejadian cuaca dan keadaan jalan juga baik namun siasatan masih diteruskan untuk mengetahui punca kemalangan.




"Mayat dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk bedah siasat selepas ujian calitan Covid-19 diperoleh.




"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.



Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Go to www.addthis.com/dashboard to customize your tools