Kisah benar polis teraniaya, meninggal dalam penjara kerana difitnah merogol


Sy pernah ada seorang anakguam yang merupakan seorang anggota polis. Beliau lantik sy sebagai peguambela untuk kes rayuan beliau kerana beliau telah dituduh bagi kes rogol dan telah kalah kes tersebut. Perbicaraan kes dikendalikan oleh peguam lain.



Ceritanya begini:



Semasa anakguam sy sedang buat tugas rondaan bersama seorang rakan polis, beliau telah nampak satu kereta Alza parking di tepi jalan di sebuah kawasan perumahan. Apabila diperiksa, didapati terdapat sepasang kekasih yang sedang berzina.



Beliau kemudian tahan mereka selepas meminta mereka pakai semula baju. Kejadian pada waktu itu adalah dalam pukul 3 pagi.



Anakguam sy kemudian membawa pasangan kekasih tersebut ke balai polis menggunakan kereta ronda polis manakala rakan beliau memandu kereta alza.



Semasa di dalam perjalanan ke balai polis, pasangan kekasih tersebut merayu2 kepada anakguam sy agar tidak melaporkan hal tersebut kerana bimbang akan dibuang dari university, tempat mereka sedang menuntut.




Sampai di parking kereta di balai polis, pasangan kekasih tersebut masih merayu2. Kasihan kepada mereka dan memikirkan masa depan mereka, akhirnya anakguam sy memberi amaran kepada mereka dan menyuruh mereka bertaubat.



Wanita yang ditahan tersebut (pasangan kekasih lelaki dan wanita, bukan gay atau lesbian) kemudian meminta nombor telefon anakguam sy atas alasan ingin belanja beliau makan pada hari lain kerana ingin berterima kasih atas ihsan memberikan amaran sahaja di atas perbuatan maksiat mereka.



Keesokkan harinya, wanita tersebut menghubungi anakguam sy dan menyatakan memerlukan bantuannya kerana teman lelaki beliau memukul beliau. Wanita tersebut meminta anakguam sy pergi ke kediaman beliau.



Anakguam sy kemudian pergi berjumpa wanita tersebut. Apabila sampai di lokasi, wanita tersebut telah berada di hadapan guard house apartmentnya.



Wanita tersebut menangis. Jadi anakguam sy menasihati beliau agar pergi membuat laporan polis. Wanita tersebut bersetuju. Mereka pergi ke balai polis menaiki kereta anakguan sy.



Sampai di balai, wanita tersebut terus pergi ke tandas balai polis kerana katanya ingin buang air kecil. Setelah beberapa minit kemudian, wanita tersebut keluar dari tandas. Wanita tersebut kemudian menyatakan mahu membatalkan niatnya untuk melaporkan perbuatan teman lelakinya.



Setelah puas dipujuk oleh anakguam sy agar wanita tersebut buat laporan polis, wanita tersebut tetap enggan berbuat demikian. Akhirnya, anakguam sy terpaksa akur dan terpaksa menghantar wanita tersebut balik ke rumah.




Keesokkan harinya, tiba2 anakguam sy mendapat tahu bahawa wanita tersebut telah membuat laporan polis menyatakan anakguam sy telah merogol wanita tersebut di tandas balai polis.



Anakguam sy kemudian dituduh bagi kesalahan merogol wanita tersebut. Setelah perbicaraan yang panjang, anakguam sy telah kalah kes.



Semasa sy mengendalikan rayuan beliau, sy berasa sangat sedih kerana peguam asal tidak pernah mengemukakan laporan perubatan anakguam sy yang mengesahkan bahawa beliau adalah seorang yang mati pucuk.




Laporan tersebut telah dikeluarkan oleh pihak hospital 6 bulan sebelum anakguam sy bertemu wanita tersebut. Jadi, mustahil ianya suatu rekaan.



Semasa sy kendalikan rayuan beliau, sy telah menghubungi pihak hospital dan disahkan anakguam sy masih mengidap penyakit tersebut.



Ketika rayuan, mahkamah memang tidak dapat menerima bukti baru atas alasan ianya mestilah dikemukakan sewaktu perbicaraan oleh peguam asal. Dokumen atau bukti baru tidak boleh dikemukakan di peringkat rayuan. Sedih bukan.




Selain itu juga, disebabkan peguam asal tidak membaca laporan doktor atau laporan perubatan terhadap pemeriksaan yang dijalankan terhadap wanita tersebut, peguam asal telah gagal untuk menyoal saksi2 tentang keadaan wanita tersebut yang berada dalam keadaan haid sewaktu kejadian rogol dikatakan berlaku.




Malah, jika benar perbuatan rogol berlaku di dalam tandas tersebut, peguam asal sepatutnya menyoal pegawai penyiasat tentang DNA atau darah haid yang mungkin terdapat pada dinding tandas, pintu bahagian atas, mangkuk tandas, lantai tandas etc memandangkan wanita tersebut mengatakan anakguam sy ada memegang kemaluannya dan kemudian memegang pula dinding tandas,mangkuk tandas, pintu tandas dan bahagian atas pintu tandas. (possibilty terdapat kesan DNA tidak boleh ditolak begitu sahaja).



Wanita tersebut tidak pernah mengatakan anakguam sy ada mencuci tangannya. Kalau ikut logik, mesti darah haid melekat pada tangan anakguam sy.




Banyak lagi point tidak ditumbulkan atau disoal oleh peguam asal terutama sekali kesan koyakan akibat berzina dengan teman lelaki.



Pembelaan yang dibangkitkan oleh peguam asal hanyalah penafian semata2. Disebabkan banyak yang tidak ditumbulkan, maka anakguam sy kalah kes.



Oleh itu, tidak banyak yang dapat sy lakukan walaupun Hakim Mahkamah Tinggi bersetuju dengan point2 yang cuba sy hujahkan. Akan tetapi, Yang Arif mengatakan sepatutnya point2 di atas ditimbulkan oleh peguam asal sewaktu perbicaraan.



Di peringkat rayuan, semua itu sudah tidak boleh ditimbulkan lagi.



Sy menceritakan kisah ini adalah untuk menunjukkan bahawa terdapat anggota polis yang dianiaya oleh orang awam. Tidak dinafikan ada anggota polis yang memang aniaya orang awam tetapi kisah ini membuktikan sesiapa sahaja boleh dianiaya dan menganiaya.




Hasil fitnah dan penganiayaan tersebut, anakguam sy telah dijatuhkan hukuman penjara 30 tahun dan 10 sebatan. Paling menyedihkan selepas selesai menjalani beberapa sebatan (tidak dapat menghabiskan 10 sebatan tersebut), beliau akhirnya menghembuskan nafas terakhir di Penjara Kajang pada tahun 2021.




Sy menangis teresak2 (walau sy cuba untuk tahan, hati sy jadi hati tisu ketika itu) apabila menerima berita kematian beliau. Dalam keadaan teresak2, sy katakan pada adik beliau, “Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Sy harap wanita yang menganiaya beliau berpuas hati dengan hasil penganiayaan ini.”



Kepada wanita pemfitnah tersebut, semoga Allah beri kamu hidayah.



Kepada peguam asal, jadikan ini satu pelajaran agar tidak sewenang2nya mengendalikan kes jika tidak cekap.



Kepada diri sy, berusaha keraslah untuk menegakkan keadilan walau ramai mengeji.



Kepada sesiapa yang kenal anggota polis tersebut, doakan kebajikan beliau di sana. Biarlah namanya menjadi rahsia kita bersama.



Kepada arwah F***** Bin F****, semoga rohmu tenang di sana.

Sekian.






Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Go to www.addthis.com/dashboard to customize your tools