Rizalman, anak naik jet peribadi sendiri ke Langkawi?


Kuala Lumpur: Percutian pereka fesyen ternama, Datuk Rizalman Ibrahim bersama dua anak lelaki ke Langkawi baru-baru ini cukup menarik perhatian netizen apabila tular di media sosial berhubung keberangkatan beliau ke pulau terkenal itu menaiki jet peribadi.

  Ia lebih menjadi bualan hangat pada kalangan netizen apabila jet peribadi dinaiki Rizalman dan keluarganya itu didakwa adalah milik sendiri. Malah, rata-rata warganet yang menonton perkongsian beberapa video dari sebuah akuan Facebook itu berasa sangat kagum.

Malah, kebanyakan netizen yang meninggalkan komen juga menyifatkan Rizalman mempunyai keperibadian diri yang tidak sombong dan baik hati. Bahkan, rata-rata wargamaya ini juga mendoakan kesejahteraan buat ahli perniagaan itu di dunia dan akhirat.

Memetik beberapa komen ditulis netizen, antaranya mereka bangga dengan kejayaan anak Melayu dan Islam seperti Rizalman yang berjaya menepis kata-kata kurang manis berkaitan orang Melayu iaitu tak rajin berusaha.

"Suka tengok Datuk Rizalman ni, jenis tak sombong. Semoga Allah sentiasa lindungi beliau sekeluarga di dunia dan di akhirat," tulis seorang warganet.

Menurut seorang lagi warganet, orangnya (Rizalman) baik, suka bersedekah. Banyak amalan baiknya tidak ditunjukkan seperti membantu sekolah tahfiz, anak yatim dan golongan memerlukan.

"Meraikan hari jadi di Langkawi bersama keluarga. Tahniah, semoga terus berjaya dan sihat sejahtera. Sesungguhnya, Allah sentiasa memberkati orang yang baik," tulis netizen.

Ketika percutian itu, Rizalman juga difahamkan menginap di sebuah villa mewah serta beliau juga berkongsi beberapa aktiviti riadah dilakukannya seperti berbasikal bersama seorang anaknya.

Bagaimanapun, usaha Harian Metro untuk mendapatkan komen Rizalman mengenai percutiaan istimewanya dan jet peribadi itu tidak berhasil apabila kiriman mesej kepadanya tidak dibalas.




Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Go to www.addthis.com/dashboard to customize your tools