Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat KLIA berkata, pihaknya menerima panggilan pada 4.05 petang berhubung kejadian.
Katanya, laporan awal mendapati dua motosikal terbakar 90 peratus ketika mengadakan aktiviti konvoi.
"Kemalangan itu membabitkan dua mangsa dan seorang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. "Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan, manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan susulan, "katanya.