Polis berpangkat koperal didakwa terima suapan kes ketum




Polis berpangkat koperal didakwa terima suapan kes ketum, berdepan hukuman 20 tahun atau denda RM 10,000


Dia didakwa menerima RM700 daripada seorang lelaki bagi melepaskan seorang suspek yang terbabit dalam kes memiliki air ketum.


KUANTAN – Seorang anggota polis berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima suapan bagi membebeaskan suspek kes ketum pada Disember tahun lalu.


Tertuduh, Mohamed Syaffiq Mohammed Sidek, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd. Zain.


Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 25 Disember 2020 antara pukul 1 petang hingga 2 petang di Balai Polis Kuantan.


Dia didakwa menerima RM700 daripada seorang lelaki bagi melepaskan seorang suspek yang terbabit dalam kes memiliki air ketum.


Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya dari SPRM, Siti Sarah Zainal Abiddin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Tertuduh yang kini digantung kerja merayu agar mahkamah menetapkan jumlah ikat jamin yang rendah memandangkan dia perlu menanggung isteri dan dua anak berusia tiga dan tujuh tahun serta menjaga ibunya yang uzur.


Timbalan Pendakwa Raya memohon mahkamah menetapkan RM10,000 bagi ikat jamin tetapi Hakim membenarkan rayuan tertuduh dan menetapkan kadar ikat jamin RM7,000.


Mahkamah menetapkan 25 Oktober ini bagi sebutan semula kes dan tertuduh membayar jaminan




Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Go to www.addthis.com/dashboard to customize your tools