"Tak Cukup Tragis, Yb KJ Kena Belajar Belakon Dengan Saya "


Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai penangkapan doktor yang menjual sijil vaksin palsu kepada individu yang tidak mahu mengambil vaksin.




Perkara itu turut mendapat perhatian pelakon Rita Rudaini yang memuat naik beberapa hantaran berbaur sindiran terhadap Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.



BACA: Rita Rudaini Pelik Netizen Marah Khairy Jamaluddin



Menerusi perkongsian di Insta Story, Rita turut memerli Khairy yang memuat naik gambar dirinya diacu beberapa pistol.



Rita turut menyindir Ahli Parlimen Rembau itu supaya belajar berlakon dengan dirinya berikutan ‘drama’ Khairy dikatakan tidak cukup tragis.





Sementara itu, dalam satu perkongsian lain Rita turut mengecam kenyataan berkenaan penangkapan doktor menjual sijil vaksin itu.



“Semuanya jual pada antivaksin katanya. Bukan ke jual pada yang tolak booster juga sebab tiba-tiba sekarang baru nak kantoi. Eleh, tak yah malu la. Baik ngaku, tak jatuh haram pun kalau tak booster,” katanya.




Terdahulu, Rita mendakwa dirinya insan terpilih kerana Tuhan membuka matanya untuk menolak pengambilan vaksin. Sebelum ini, Rita berkata dia bukan seorang anti vaskin namun lebih selesa digelar prosafe.




Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Go to www.addthis.com/dashboard to customize your tools