Suami isteri mohon maaf isu video kemalangan pemandu lori


PETALING JAYA – Sepasang suami isteri menafikan bahawa mereka merupakan perakam video kemalangan membabitkan seorang pemandu lori yang terkena serangan jantung semasa memandu di kawasan berhampiran Kilang Daikin, dekat sini semalam.





Lelaki tersebut yang merupakan pemilik akaun TikTok @mubarakkhan1535 dalam sebuah video yang baru dimuatnaik malam ini berkata, dia hanya memuatnaik semula video berkenaan di akaun TikToknya selepas menerima video itu melalui aplikasi WhatsApp.





“Video itu dihantar di dalam WhatsApp ‘group’, saya cuma upload (muat naik) semula sahaja. Saya tidak ada kena mengena dengan video itu.





“Kereta yang dilanggar itu juga bukan kereta saya, dengan suara dalam video itu memang tak sama dengan suara isteri saya,” katanya.





Sementara itu, isteri kepada lelaki berkenaan turut meminta maaf kepada keluarga pemandu lori terbabit serta menegaskan bahawa dia tidak merakam video tersebut.





Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 48 saat memaparkan seorang wanita menuduh pemandu lori terbabit mabuk selepas melanggar beberapa buah kenderaan di lokasi.





Salah seorang rakan mangsa menerusi satu perkongsian klip video di laman aplikasi TikTok dikenali Siva menjelaskan rakannya itu terkena serangan jantung dan sudah meninggal dunia.



PERHATIAN : Pihak Kami Tidak Bertangung Jawab Atas Komen-komen Yang Di Beri , Sebelum Komen Sila Berfikir Dahulu , Terima Kasih..


Dah Baca Jangan Lupa Like And Share Ya. Tq.





Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Go to www.addthis.com/dashboard to customize your tools