Punggung dipukul ketika joging

Manjung: Wanita berdepan detik cemas apabila punggungnya dipukul seorang lelaki tidak dikenali ketika berjoging di Taman Fasa 2J, di sini, hari ini.

Dalam kejadian pada 7 pagi, wanita berusia 30-an itu mendakwa didatangi seorang lelaki menunggang motosikal dari arah belakang.

Suspek didakwa memukul punggung mangsa sebelum wanita itu menjerit meminta tolong.

Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Superintendan Chong Bhoo Khim berkata, wanita berkenaan membuat laporan berhubung kejadian itu pada 9.30 pagi.

"Mangsa berjoging di lokasi berkenaan seorang diri sebelum datang sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki dari arah belakang.

"Lelaki yang tidak dikenali itu didakwa memukul punggung mangsa sebelum melarikan diri," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Menurutnya, pemeriksaan di lokasi mendapati tiada kamera litar tertutup (CCTV).

"Kita masih melakukan siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan," katanya.



Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Go to www.addthis.com/dashboard to customize your tools