Penantian berakhir, rentas negeri dibenar mulai esok

Kuala Lumpur: Seperti dijanjikan, kerajaan memberi kebenaran rentas negeri kepada individu lengkap vaksinasi bermula esok.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu susulan kadar vaksinasi mencapai 90 peratus.

"Mulai esok, bebaslah dan inilah sebenarnya yang ditunggu-tunggukan masyarakat selepas kerajaan sebelum ini terpaksa tegas dari segi pergerakan rentas negeri.

"Dengan keputusan ini, Keluarga Malaysia bebas melakukan pergerakan seperti balik kampung untuk berjumpa ibu bapa yang lama berpisah, melancong, dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas yang disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen dan platform media sosial Facebook, hari ini.





Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Go to www.addthis.com/dashboard to customize your tools