Lima kakitangan hospital direman lima hari


Shah Alam: Lima kakitangan sebuah hospital direman lima hari mulai hari ini selepas disyaki meminta dan menerima wang suapan daripada ejen sebagai balasan mendapatkan kerja-kerja pengurusan jenazah di hospital berkenaan.

Perintah reman sehingga 11 Oktober itu dikeluarkan Majistret Ellyna Othman selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Menurut sumber, semua suspek berusia 34 hingga 44 tahun itu dipercayai terbabit dalam kegiatan rasuah itu sejak 2019 hingga tahun ini membabitkan jumlah suapan RM22,000.

Difahamkan, kesemua suspek itu ditahan sekitar jam 3 petang semalam di Pejabat SPRM Selangor ketika hadir memberi keterangan.





Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Go to www.addthis.com/dashboard to customize your tools