Anak Yatt Hamzah cedera lagi!

Kuala Lumpur: Pelakon, Yatt Hamzah berkongsi beberapa foto anaknya, Suci Hayfaa Medina dalam keadaan kepala berdarah akibat terjatuh, malam semalam.

Dalam hantarannya di Instagram, Yatt memaklumkan bahawa anaknya itu terjatuh dan situasi hanya disedari anak keduanya, Suci Humaira Iqlima.

"Baru nak makan malam, terus terbantut bila Iqlima menjerit kuat menangis-nangis, beritahu adiknya, Medina jatuh dan berdarah banyak di dahi.

"Beginilah gelagat anak-anak bonda terutamanya Medina. Memang sedang buas. Ada saja aktivitinya. Benda dah nak jadi," tulisnya.

Dalam hantaran sama, Yatt turut memohon doa daripada pengikut-pengikutnya di platform media sosial itu.

"Mohon semua doakan Medina lekas sembuh. Insya-Allah, dia kuat. Sekejap lagi dia gelak baliklah. Bonda nak bawa ke klinik," tulisnya.

Harian Metro cuba menghubungi Yatt untuk mendapatkan maklumat terkini keadaan anaknya, namun gagal.

Selain Iqlima dan Medina, Yatt juga memiliki dua lagi cahaya mata iaitu Suci Hawa Zulaikha dan Sayf Mohammed Zubayr.



Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Go to www.addthis.com/dashboard to customize your tools